mpti88/90

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
mpti88/90

sejak 10 Disember 2007

CARA UNTUK REGISTER



kengkawan, senang je. ikut instruction di bawah ni ye...
  • step 1: anda mestilah bekas pelatih MPTI tahun 1988 - 1990
  • step 2: register la kat mpti88-90 forum..
  • step 3: walla!!! anda sudah ada lesen untuk join forum ini. Akaun anda akan diaktifkan secara automatik.
Masa register tu masukkanlah...
  • nama penuh :syarat wajib-(walaupun guna username yang canggih),
  • Opsyen kat maktab :syarat wajib,
  • No bilik kat asrama dan terkini alamat rumah,
  • alamat pejabat,
  • no tipon dan kalau boleh letak ler gambau kat profile.
Dah tua-tua nie kengkadang lupa nak ingat.. Thanx for ur cooperation

Admin akan delete mana2 nama yg tidak dapat dikenalpasti sebagai bekas pelatih MPTI 1988 - 1990.

Similar topics

    JUMLAH PELAWAT

    May 2024

    MonTueWedThuFriSatSun
      12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  

    Calendar Calendar


      Fadhilat Syaaban

      avatar
      latfilatif
      ACTIVE MEMBER


      Number of posts : 90

      Fadhilat Syaaban Empty Fadhilat Syaaban

      Post by latfilatif 4th August 2008, 10:35 am

      salam1

      Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid." Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin). Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w : “Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan. Sesiapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Syaaban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, diberikan rezeki baginya”; antara lain sabda Baginda lagi : “Bahawa Allah Taala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.
      Antara kelebihan bulan Sya'aban:
      1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.


      2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : “Pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.”



      Semoga sekelumit hikmah ini bermanfaat untuk kita semua, dan semoga kita digolongkan dalam golongan orang-orang yang berfikir dan berzikir…. Aminn.

        Current date/time is 7th May 2024, 3:16 pm