mpti88/90

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
mpti88/90

sejak 10 Disember 2007

CARA UNTUK REGISTER



kengkawan, senang je. ikut instruction di bawah ni ye...
  • step 1: anda mestilah bekas pelatih MPTI tahun 1988 - 1990
  • step 2: register la kat mpti88-90 forum..
  • step 3: walla!!! anda sudah ada lesen untuk join forum ini. Akaun anda akan diaktifkan secara automatik.
Masa register tu masukkanlah...
  • nama penuh :syarat wajib-(walaupun guna username yang canggih),
  • Opsyen kat maktab :syarat wajib,
  • No bilik kat asrama dan terkini alamat rumah,
  • alamat pejabat,
  • no tipon dan kalau boleh letak ler gambau kat profile.
Dah tua-tua nie kengkadang lupa nak ingat.. Thanx for ur cooperation

Admin akan delete mana2 nama yg tidak dapat dikenalpasti sebagai bekas pelatih MPTI 1988 - 1990.

JUMLAH PELAWAT

May 2024

MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Calendar Calendar


3 posters

    Pisang Dan hati

    avatar
    latfilatif
    ACTIVE MEMBER


    Number of posts : 90

    Pisang Dan hati Empty Renungan Bersama

    Post by latfilatif 25th July 2008, 12:49 pm

    salam1
    Untuk Renungan Bersama (yang belum terbaca)
    Pisang dan Hati
    Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
    Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
    “Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.
    Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

    Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
    “Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.
    Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
    “Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.
    Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci…!
    Aswane Stork PI2
    Aswane Stork PI2
    ACTIVE MEMBER


    Number of posts : 2479

    Pisang Dan hati Empty Re: Pisang Dan hati

    Post by Aswane Stork PI2 29th July 2008, 11:15 am

    Pilu rasa hati..... kerana sifat benci dan dendam adalah sifat orng munafik.... sblm saya tidur, selalunyer saya akan memaafkan org yg membuat saya terasa hati dan mohon jika saya ada menyakiti hati org lain, pohon diampunkan dosa saya oleh org tersebut... AMIN...!!!
    jep
    jep
    ACTIVE MEMBER


    Number of posts : 2128
    WEB : Cikgu Malaysia Community Forum

    Pisang Dan hati Empty Re: Pisang Dan hati

    Post by jep 30th July 2008, 1:14 am

    satu amalan yg patut diamalkan oleh semua orang yg nak diri mereka digelar manusia! syabas, bro! Cool
    Aswane Stork PI2
    Aswane Stork PI2
    ACTIVE MEMBER


    Number of posts : 2479

    Pisang Dan hati Empty Re: Pisang Dan hati

    Post by Aswane Stork PI2 11th August 2008, 8:59 pm

    Setiap manusia pasti ada kekurangannya.... petang tadi ada seorang cina bersama anaknya berada di mahkamah kerana dianiaya oleh seorang pemuda melayu berumur 19 tahun... Budak lelaki tersebut telah menyamun handphone anak lelaki cina tersebut.... Budak lelaki tersebut telah ditahan polis dan didakwa. Tauke Cina tersebut telah dipanggil sebagai saksi utama dan yang memilukan dia telah menyatakan pada hakim bahawa dia memaafkan pemuda melayu tersebut kerana ingin memberinya ruang untuk memperbaiki diri.... Saya dan semua yg hadir juga terkejut dgn kenyataannya... Hakim terpaksa juga menjalankan perbicaraan tetapi tauke tersebut telah meminta ditarik balik kes dan diarah untuk membuat penyataan bertulis... Bayangkan, walaupun berbangsa cina, tauke tersebut amat baik hatinyer.... budak lelaki tersebut beserta ibubapanya kelihatan berlinang airmata.... sayu, sayu....
    jep
    jep
    ACTIVE MEMBER


    Number of posts : 2128
    WEB : Cikgu Malaysia Community Forum

    Pisang Dan hati Empty Re: Pisang Dan hati

    Post by jep 11th August 2008, 9:41 pm

    SubhanAllah
    Aswane Stork PI2
    Aswane Stork PI2
    ACTIVE MEMBER


    Number of posts : 2479

    Pisang Dan hati Empty Re: Pisang Dan hati

    Post by Aswane Stork PI2 13th August 2008, 10:42 am

    Jep, buat makluman, Cina tu dtg pejabat aku minta dibuat akuan sumpah untuk anaknya menarik balik kes...
    avatar
    latfilatif
    ACTIVE MEMBER


    Number of posts : 90

    Pisang Dan hati Empty Re: Pisang Dan hati

    Post by latfilatif 13th August 2008, 12:36 pm

    Mulianya hati dia, smoga dia mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah S.W.T, Amin.
    jep
    jep
    ACTIVE MEMBER


    Number of posts : 2128
    WEB : Cikgu Malaysia Community Forum

    Pisang Dan hati Empty Re: Pisang Dan hati

    Post by jep 13th August 2008, 9:10 pm

    Cina berhati mulia tu mesti ada baca Pisang Dan Hati nih Laughing
    Aswane Stork PI2
    Aswane Stork PI2
    ACTIVE MEMBER


    Number of posts : 2479

    Pisang Dan hati Empty Re: Pisang Dan hati

    Post by Aswane Stork PI2 19th August 2008, 10:34 am

    Kes telah dibenarkan ditarik balik....

    Sponsored content


    Pisang Dan hati Empty Re: Pisang Dan hati

    Post by Sponsored content


      Current date/time is 8th May 2024, 8:57 am